Sunday, 1 June 2014

Brazuca bola rasmi Piala Dunia 2014

Brazuca adalah bola rasmi yang ke-12 keluaran adidas yang akan digunakan pada Piala Dunia. Nama Brazuca, yang bermaksud cara hidup orang Brazil, dipilih selepas ia menerima lebih daripada sejuta undian daripada para peminat di seluruh dunia.

Teknologi di sebalik reka bentuk bola Brazuca adalah sama seperti yang digunakan dalam UEFA Euro 2012, Piala Konfederasi FIFA 2013 dan Liga Juara-Juara UEFA. Brazuca mempunyai permukaan panel yang berbeza daripada bola biasa dengan cengkaman lebih baik, sentuhan serta kestabilan aerodinamik yang memenuhi kriteria ditetapkan FIFA dan menjanjikan prestasi terbaik dalam semua keadaan.


Adidas menghabiskan 2 tahun untuk membangun dan memperhalusi bola tersebut menjadikannya bola yang diuji paling lama dalam penciptaan bola oleh Adidas. Brazuca bermaksud "Brazilian" atau mewakili cara hidup orang brazil.

Brazuca menggunakan six-panel design yang meningkatkan simetri, keseragaman dan kecekapan.

Brazuca COVER: 6 panel premium PU yang di cantumkan untuk mengurangkan penyerapan air dan bulat sepenuhnya. Brazuca BLADDER: Getah untuk rebound yang excellent.

Dengan enam panel berasingan yang dicantumkan, bola itu turut dihiasi dengan gelang hasrat tradisi berwarna-warni yang amat popular di Brazil.






Solat Orang Islam Zaman Sekarang ada 8 jenis



Anda fikirkan anda dari jenis solat yang macammana ?


#1 - Solat Ikut-Ikutan


Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli,
solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.


Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat
kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh
Allah SWT di Akhirat kelak.


#2 - Solat Ikut Mood


Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi
tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas
menunaikan solat.


#3 - Solat Orang Lalai


Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak
mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa
Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka
tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan
Bahasa Arab.


#4 - Solat Awam


Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab,
tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan
berkaitan dengan solat.


Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang
bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya.


#5 - Solat Orang Yang Kurang Khusyuk


Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat
tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun
kadang-kala khusyuk.


Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia
diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya
tidak putus dengan urusan dunia.


#6 - Solat Orang Soleh


Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz
-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim,
hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. Uusan
dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT.


#7 - Solat Golongan Al-Muqarrabin


Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan
penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat
amatlah Indah.


Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat,
sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri
hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar
solat.


#8 - Solat Golongan As-Siddiq


Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya
di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka.


Sekian.

Semoga kita dapat menilai level solat kita berada pada
tahap mana untuk sama-sama mendapat iktibar.

Insyaa Allah.

Kenapa Restoran Mamak jadi pilihan

Pemandangan di restoran mamak kebanyakannya sama sahaja. Pengusaha restoran mamak akan melaburkan sedikit wang untuk membeli TV skrin 42 inci untuk tatapan pelanggan sambil menjamu selera. Ada kalanya mereka akan memancarkan siaran TV itu tadi ke skrin projektor untuk memberi lebih kepuasan kepada hati pelanggan. Konsep restoran juga bersifat lebih terbuka dengan kerusi meja jenis tahan karat dan kipas air dipasang untuk keselesaan. Bagi pengusaha restoran yang lebih ‘celik IT’, mereka turut menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma untuk pelanggannya, walaupun pelanggan itu tadi hanya memesan secawan teh tarik. Meja dan kerusi diatur sehingga ke laluan pejalan kaki restoran, dan ada juga pengusaha kedai yang terpaksa meletakkan kerusi dan meja sehingga menutupi sebahagian jalan raya, hanya untuk menampung jumlah pelanggan yang berkunjung ke restoran mereka.

Restoran mamak. Tentu anda tertanya-tanya, asal-usul istilah ‘mamak’ itu. Mengikut kajian yang dibuat di Internet, istilah ‘mamak’ berasal daripada istilah bahasa Tamil ‘maa-ma’, iaitu gelaran untuk bapa saudara sebelah ibu. Barangkali istilah ‘kedai mamak’ atau ‘restoran mamak’ dipetik daripada amalan kanak-kanak menggelar si penjaga kedai ‘uncle’ atau ‘maa-ma’ dalam bahasa Tamil. Perkataan ‘mamak’ ini kemudiannya sudah jadi mesra di bibir dan dengan budaya setempat masyarakat kita.

Terdapat banyak restoran mamak yang diusahakan di negara ini. Pada tahun 1994, hanya terdapat sebanyak 40 restoran Mamak di Malaysia. Bagaimanapun sehingga tahun 2012, mengikut senarai yang diperoleh daripada Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), terdapat lebih 7,500 restoran mamak di Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya kira-kira 2,950 restoran mamak yang menjadi ahli dan bernaung di bawah PRESMA. PRESMA merupakan sebuah pertubuhan yang diasaskan pada Mac 1994. Idea asal penubuhan pertubuhan ini adalah untuk menyelesaikan segala masalah dan cabaran yang timbul di samping dapat menyatukan semua pengusaha restoran mamak di bawah satu bumbung.

Kepopularan Restoran Mamak

Kenapa restoran mamak di negara kita ini cukup popular? Apakah kekuatannya? Yang pastinya sudah tentu atas faktor makanannya yang murah dan pelbagai. Jika dibandingkan dengan restoran atau warung biasa, kos untuk sarapan pagi contohnya hidangan roti canai dan teh tarik tidak sampai RM3 seorang. Begitu juga nasi lemak bungkus yang terdapat atas meja di restoran mamak, masih lagi mengekalkan harga RM1 ke RM1.20 sebungkus. Bagi mereka yang masih menuntut, tentulah restoran mamak menjadi pilihan untuk mereka makan sambil berborak dengan teman-teman. Kerapkali juga restoran mamak menjadi tumpuan kaki bola pada musim kejohanan bola sehingga ada pengusaha yang menganggapnya sebagai musim pelanggan!

Restoran mamak juga menghidangkan pelbagai jenis hidangan India Muslim seperti roti canai, roti telur, martabak, thosai, capati, nasi kandar, nasi biryani, Maggi goreng, rojak mamak, teh tarik dan pelbagai jenis jus buah-buahan. Kini, dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan, terdapat juga restoran Mamak yang turut menyediakan gerai-gerai tambahan di restoran mereka. Gerai-gerai masakan Thai, sate dan juga kerang bakar dibuka agar pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan makanan yang enak dan sedap.

Dalam mana-mana perniagaan di dunia ini, lokasi memainkan peranan penting. Jika diamati, kebanyakan pengusaha restoran mamak memilih untuk membuka premis mereka di lot tepi bangunan. Walaupun terpaksa mengeluarkan lebih belanja untuk membeli atau menyewa premis kedai yang sedemikian, namun pelaburan itu dianggap berbaloi. Antara faedah premis seperti ini adalah untuk memudahkan pelanggan mencari restoran mereka, mendapat lebih ruang meletakkan kerusi meja di luar premis dan menyenangkan pelanggan meletakkan kenderaan masing-masing. Pengusaha kedai mamak juga sangat yakin dengan pelaburan yang dibuat. Adalah satu senario yang biasa jika restoran mamak merupakan restoran yang pertama dibuka di deretan rumah kedai yang baru. Tidak takut untuk menghadapi persaingan, ini terbukti apabila di sesetengah tempat boleh ada lebih daripada sebuah kedai mamak di satu deretan kedai yang sama.

Kebanyakan restoran mamak memilih untuk beroperasi 24 jam sehari. Justeru memudahkan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar pada bila-bila masa. Pada siang hari, restoran mamak akan dipenuhi oleh para pelanggan bersama keluarga mereka dan kebiasaannya senario ini akan berubah bila menjelang malam. Restoran mamak ini tadi akan mula dipenuhi oleh remaja-remaja yang meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak. Sudah tentu, dengan membuka restoran dan beroperasi selama 24 jam sehari, pengusaha restoran berupaya untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Ini terbukti apabila industri restoran mamak di negara ini telah dapat memberi sumbangan yang besar dengan menjana ekonomi negara sebanyak kira-kira RM8 bilion setahun.

Selain itu, pemilik restoran mamak sangat menitik beratkan layanan terhadap pelanggan mereka. Jumlah pelayan restoran pada satu-satu masa adalah sangat ramai. Masuk sahaja ke dalam restoran, sudah ada pelayan restoran yang akan mengekori kita sehingga ke meja makan semata-mata untuk mendapatkan pesanan makanan. Makanan yang dipesan juga dihantar dengan segera. Pelayan juga amat menghormati pelanggan yang datang ke restoran. Jarang dapat dilihat pelayan yang duduk-duduk di kerusi pelanggan ataupun mengangkat pinggan makanan sebelum pelanggan membayar wang makanan mereka. Apabila pelanggan puas hati dengan layanan yang diberikan, sudah pasti mereka akan kembali semula ke restoran tersebut. Bolehlah diumpamakan restoran mamak ini cuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kadar bayaran perkhidmatan yang rendah dan berpatutan!

Selain itu, pengusaha restoran mamak ini juga cuba menerapkan amalan-amalan murni untuk memastikan perniagaan mereka sentiasa diberkati Allah. Contohnya, restoran mamak banyak memaparkan ayat-ayat suci Al-Quran dan ada juga yang memperdengarkan bacaan Al-Quran di restoran mereka. Sering kali pada setiap hari Jumaat, pengusaha restoran juga tidak melupakan amalan bersedekah walaupun sekadar sebiji pisang untuk setiap pelanggan.

Cabaran

Pengusaha restoran mamak juga sering kali diuji. Daripada isu bahan yang digunakan dalam masakan sehinggalah kepada isu kebersihan restoran. Rempah kas kas yang digunakan dalam hidangan masakan restoran Mamak pernah dijadikan isu. Ada suara yang mengatakan rempah kas kas ini boleh menyebabkan ketagihan pengunjung restoran terhadap masakan mamak. Kebimbangan mula timbul apabila mengetahui kas-kas ini berasal daripada pokok popi, yang dapat menghasilkan sejenis dadah yang dipanggil opium atau nama glamornya candu. Pengusaha-pengusaha restoran mamak pula merasakan diri mereka disabotaj dan menganggap isu ini telah memberikan kesan yang buruk terhadap imej restoran mamak. Pihak PRESMA pula teguh berdiri di belakang pengusaha restoran mamak. PRESMA menyatakan kesediaan untuk mengarahkan semua restoran mamak untuk menghentikan penggunaan kas-kas jika benar-benar ada bukti termasuk bukti saintifik bahawa bahan itu boleh membawa kepada ketagihan. Namun, isu ini masih samar-samar dan tiada bukti kukuh yang dikeluarkan sehingga ke hari ini.

Kini timbul pula isu daun pisang tiruan yang digunakan oleh pengusaha restoran mamak bagi menggantikan daun pisang yang sebenar. Pengusaha cuba mengurangkan kos perniagaan dengan menggunakan daun pisang kertas yang Cuma berharga RM5.50 untuk 100 helaian berbanding daun pisang sebenar yang berharga 30sen setiap helai. Daun pisang tiruan ini dikatakan membahayakan kesihatan kerana dibuat daripada kertas yang di kitar semula. Apabila dihidangkan dengan hidangan yang panas, daun pisang tiruan ini dikatakan akan mengeluarkan bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Walau bagaimanapun, isu ini dianggap selesai apabila contoh daun pisang tiruan ini telah dihantar ke SIRIM untuk diuji. SIRIM juga telah mengesahkan bahawa daun pisang tiruan itu selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan Malaysia.

Dari segi isu kebersihan pula, kita pun sedia maklum yang kebanyakan restoran mamak ini beroperasi 24 jam sehari. Oleh itu, kemungkinan agak sukar bagi mereka untuk mengekalkan isu kebersihan, kerana pengunjung sentiasa ada dalam restoran. Namun tanggapan operasi lebih masa penyebab faktor kebersihan merudum adalah tidak betul. Soal kebersihan sebenarnya bergantung kepada sikap pengusaha dan pekerja di restoran itu dan bukannya pada jangka masa restoran beroperasi. Ini terbukti apabila ada juga restoran mamak yang beroperasi 24 jam mempunyai tahap kebersihan yang baik sehingga diberi penilaian Gred A oleh pihak berkuasa tempatan yang sentiasa memantau soal kebersihan.

Restoran mamak juga pernah menghadapi krisis pekerja. Tahun 1994 dan 1995 merupakan tahun yang paling mencabar. Pembukaan banyak restoran mamak telah menyebabkan krisis pekerja berlaku. Pada tahun 1996, dasar kerajaan yang membenarkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber (negara jenis masakan yang dijual) menjadi penyelesaian kepada masalah kekurangan pekerja. Masakan mamak bersumberkan rempah ratus dari India, maka pengambilan pekerja dari India telah dibenarkan. Namun cabaran baru pula timbul apabila faktor bahasa menjadi masalah dalam memahami kehendak pelanggan. Ada yang terpaksa mengulang permintaan pelanggan agar apa yang didengar sama dengan apa yang difahami. Ada pula yang lain dipesan, lain pula hidangan yang sampai. Namun pelayan ini bertindak merendah diri dan segera menggantikan dengan hidangan yang betul untuk menjaga hati pelanggan itu.

Masalah obesiti dan kegemukan di Malaysia juga sering kali dikaitkan dengan faktor pemakanan. Masyarakat selalu diingatkan dengan keperluan untuk menghindari makanan-makanan berkolesterol. Acap kali makanan di restoran mamak disalahkan kerana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya teh tarik, roti canai, pasembor, nasi kandar, nasi biryani dan pelbagai jenis makanan berkari dan bersantan. Namun, sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman yang mencukupi, maka makan makanan di restoran mamak bukan lah penghalang untuk mendapat kesihatan yang baik.

Kesimpulan

Sehingga kini, kejayaan sebenar restoran Mamak masih dilihat sebagai misteri. Tidak banyak buku, ulasan di laman web atau artikel yang ditulis untuk mengupas rahsia sebenar kejayaan mereka. Apa yang dicatatkan dalam artikel ini hanyalah pada pandangan penulis sahaja. Mungkin ada kebenarannya, namun kebarangkalian untuk terdapatnya faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecemerlangan restoran Mamak amatlah tinggi. Apa yang pasti, restoran Mamak mempunyai pengaruh yang besar dalam penguasaan perniagaan restoran. Faktor-faktor di atas mungkin antara penyebab kejayaan, namun yang pasti, kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan amalan tidak berputus asa dalam menguruskan perniagaan mereka.
__________________
So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas,.. kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas :)

Wednesday, 28 May 2014

Alfatihah Sultan Perak Telah Mangkat pada 28 Mei 2014




Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Tuesday, 27 May 2014

Peristiwa Istiwa A'dzhom atau Istiwa Kaabah

Apakah Istiwa’ A’dzhom?

Istiwa’ A’dzhom merupakan saat matahari secara tepatnya melintasi pada koordinat Kaabah iaitu 210 25′ 21.03″ N, 39o 49′ 34.42″ E. Ketika fenomena ini berlaku, matahari berada tepat diatas Kaabah.

Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia.

Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).


"Jika berada di sana (Masjidilharam), umat islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.


"Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat," katanya.

Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan.

"Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat," katanya.




Langkah-langkahnya :

Perhatikan gambar dibawah sambil memahami langkah-langkah yang diterangkan. Rasanya kalau tengok gambar di bawah ni pun dah cukup.



  1. Pacakkan satu batang kayu atau apa-apa objek lurus di atas permukaan yang rata.
  2. Pastikan obejk dipacakkan secara lurus dan tegak 90′ dan tidak terlindung dari cahaya Matahari. Nak senang, kita boleh juga guna tingkap bilik @ masjid kita yang disinari cahaya matahari ataupun guna je objek sedia ada yang lain seperti tiang rumah, tiang lampu eletrik dsb.
  3. Tunggu sehingga 5:16pm (jika 28 Mei) dan 5:28pm (jika 16 Julai)
  4. Apabila masuk waktunya,lihat pada bayang objek dan unjurkan bayang tersebut ke arah kedudukan Matahari
  5. * bayang yang terbentuk dari objek tidak menunjukkan arah kiblat tetapi arah yang setentang dengan bayang itulah arah kiblat.
  6. Garisan yang diunjurkan itulah menunjukkan arah kiblat yang tepat, Insya Allah.


Safety Precaution:

Pastikan jam anda tepat dan tidak rosak..hehe
Pastikan anda merujuk waktu Malaysia (5:16pm/5:28pm) bukannya waktu Makkah. Waktu tersebut hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja.

Mutiara Kata Islam



















Masalah Perkakasan Komputer

Tak dinafikan, kadangkala peranti komputer mengalami masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri. Tak perlu membazir duit menghantarnya ke kedai, lakukan pemeriksaan awal dulu kerana kamu pasti menepuk dahi berikutan penyelesaiannya lebih mudah daripada jangkaan.

Biasalah, orang muda mana tahan sabar, tak mungkin boleh menunggu mencari punca masalah terutamanya urusan yang perlu diselesaikan segera. Jadi penyelesaian paling mudah, hantar saja ke kedai dan mulalah pakar komputer mengatakan masalah itu dan ini.

Padahal kalau kita tahu dan ada pengetahuan mengenai komputer, masalah mudah seperti operasi komputer perlahan, berbunyi dan serangan virus masih boleh kita selesaikan sendiri.




Masalah berkaitan perkakasan komputer.

1. Gangguan bekalan kuasa - Jika kamu selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaiannya mudah dengan menggunakan Uninterruptible Power Supply (UPS). Ia akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan kamu masa mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dulu jika perlu.


2. Kepanasan - Sering kali berlaku kes komputer atau laptop tidak memiliki sistem penyejukan mencukupi yang tidak mampu menampung kerja yang kamu sedang lakukan. Apabila ini berlaku, komponen komputer atau laptop itu mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer atau laptop kamu terlebih dulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja, sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.


3. Bunyi asing dan getaran - Masalah ini hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer kamu. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, kamu boleh cuba melakukan pemeriksaan awal.

Bagi menyelesaikannya, buka CPU kamu berhati-hati untuk mengetahui masalah itu. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar atau skru longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah itu, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan yang lebih pakar.


4. Selalu ‘reboot’ sendiri - Masalah yang biasa dialami komputer ialah kadangkala akan berulang kali ‘reboot’ sendiri tanpa permintaan. Laptop terutamanya selalu berdepan masalah seperti ini. Kes ini selalunya disebabkan perkakasan komputer itu sendiri.

Penyelesaiannya mudah. Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan sama ada kamu sudah mengalami kerosakan ataupun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk kamu telah kotor menyebabkan habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan dan menyebabkan komputer kamu mati secara automatik.


5. Sambungan USB tidak berfungsi - Kadangkala apabila kamu cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer, laptop, notebook atau sebagainya, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti itu.

Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

Penyelesaiannya, cuba untuk terus menyambungkan USB secara langsung ke salah satu port USB komputer kamu tanpa sebarang perantara. Peralatan kecil seperti pemacu USB, tetikus dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elak menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.


6. Masalah mesin pencetak - Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara tepat pencetak ke komputer kamu mengikut arahan pengilang pencetak kamu. Kemudian cuba ‘troubleshooter’ untuk mengetahui masalah pencetak yang akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah kamu.

Penyelesaian khusus untuk mereka yang menggunakan perisian Windows 7, buka troubleshooter pencetak dengan klik pada ‘start’, kemudian ‘control panel’, taipkan ‘troubleshooter’ pada kotak carian, troubleshooting di bawah ‘hardware and sound’, klik pada ‘use a printer’ dan seterusnya ‘next’.


Sekiranya kamu berdepan masalah berkaitan tindak balas pada komputer kamu.

7. Prestasi komputer semakin perlahan - Apabila menyedari komputer kamu mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail yang tidak perlu, pecahan data, ‘registry korup’, gangguan program ‘spyware’, perkhidmatan atau perisian.

Penyelesaian mudah dengan uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan ‘registry’ dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kelajuan prestasinya.

Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan adalah dengan pergi ke Windows 7, butang ‘start’, ‘control panel’, lihat pada ‘programs’, ‘uninstall a program’, pilih program atau perisian dan klik ‘uninstall/change/repair’.

Kamu perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program atau perisian yang penting.


8. Ralat mesej ketika ‘start-up’ - Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, kamu dapat melihat mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya.

Jika melihat mesej ini, kamu perlu menekan kekunci kira-kira lapan hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula. Ini berlaku kerana kamu hanya memadamkan sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya.

Jika kamu benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah di atas.


9. Skrin tidak berfungsi - Apabila skrin kamu tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, kamu mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan ‘spyware’.

Apabila ini berlaku, kamu tiada pilihan selain terpaksa reboot komputer kamu. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.


10. Serangan virus dan ‘spyware’ - Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer kamu.

Tapi, bagaimanakah jika serangan itu begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti kamu masih belum dikemas kini?

Penyelesaiannya? ‘Windows Defender’ ialah perisian ‘antispyware’ yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi kamu juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan ‘spyware’ terbaru.

Cara aktifkan dengan ke butang ‘start’, taip ‘defender’ dalam kotak carian dan kemudian ke windows defender.


11. Tidak dapat jalankan Windows - Jika kamu masih dapat boot dalam ‘safe mode’ (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan. Cuba menggunakan ‘system restore’ jika kamu berada dalam ‘safe mode’ atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya.

Jika kamu tidak dapat boot ke ‘safe mode’, cuba boot ke dalam komputer dalam mod ‘repair my computer’ untuk memperbaiki masalah isu ‘start-up’ itu.


Tak terlepas, masalah berkaitan teknikal. Apa kata kita kenal pasti beberapa masalah berkaitan tenikal yang masih boleh kita selesaikan sendiri.

12. Kehilangan fail ‘Dynamic-Link Library’ (DLL) - DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi kamu mengenai bagaimana untuk melaksanakan fungsi tertentu. Kadangkala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer kamu tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan.

Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika kamu cuba melakukan fungsi yang terbabit seperti penyimpanan. Jika masalah itu dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, kamu perlu mengenal pasti fail DLL itu melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (daripada Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail ataupun carian di enjin carian.


13. Blue Screen of Death (BSoD) - Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini iaitu skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ini adalah salah satu petanda yang berlaku masalah yang agak kronik.

Usah risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan kamu untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya.

Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tapi skrin menyediakan kamu dengan kod yang boleh membantu rujukan kamu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah itu.


14. Ruang Disk penuh - Ia berlaku kerana kamu membiarkan bagi jangka masa yang lama disk komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail Internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore.

Remaja umpamanya, mereka gemar memuat naik pelbagai aplikasi menarik yang kemudiannya hanya membuatkan komputer peribadi menjadi berat dan perlahan. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian: Peralatan ‘disk cleanup’ membantu membebaskan ruang pada ‘hard disk’ dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadamkan beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.


15. ‘Hard drive’ gagal berfungsi - Ini adalah senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan ‘hard drive’ rosak atau korup. Kamu dapat mengesannya jika sistem kamu tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Jika kamu bimbang berkenaan keselamatan fail kamu, cuba langkah berikut sebelum menghantar ke kedai. Kamu boleh cuba untuk mengambil fail menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan peralatan pemulihan sistem percuma seperti ‘SuperDuper’, ‘The Ultimate Boot CD’ dan sebagainya.


16. Windows out-of-date - Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walaupun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi.

Ini kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Bagaimanapun untuk keselamatan, kamu juga boleh lakukannya sendiri jika Windows sudah out-of-date.


17. Penggunaan memori berlebihan - Jika kamu mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila kamu sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori.

Untuk menghentikan kebocoran itu, kamu perlu menghentikannya dengan menutup program berkenaan. Untuk memperbaiki kebocoran memori itu, kamu perlu memeriksa kemas kini perisian program berkenaan atau hubungi empunya perisian.


Masalah berkaitan Internet

18. Carian rangkaian ‘wayerles’ - Jika dengan laptop, kamu sering kali bermasalah menyambung senarai rang­kaian ‘wayerles’ ketika kamu memerlukan sambungan Internet jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian ‘wayerles’ hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai rangkaian ‘wayerles’, ‘driver’ dipasang dan penyesuai diaktifkan.
Penyelesaian dengan melakukan tetapan secara manual.


19. Sambungan Internet perlahan - Tidak kira seberapa pantas pun sambungan Internet yang kamu miliki, kadangkala kamu dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.


20. Masalah sambungan Internet - Masalah kehila­ngan sambungan Internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh kamu lakukan, cuba jalankan troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis.

Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah berlaku. Jika masalah ini berlaku selepas kamu memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia sudah berubah.

Sumber : Berita Harian

LinkWithin

”related