Kari ikan ni tak perlukan santan dan rasa masam seperti asam pedas...sesuai untuk orang mengandung yang loya tekak ataupun penggemar masakan jenis masam-masam seperti tomyam,asam pedas dan tempoyak..
Resepi ini juga sesuai untuk diet sebab ia kurang penggunaan kolestrol dan berempah.... Kari ni sesuai sangat dimakan bersama keropok papedam...
Jom cuba resepi ni...
Bahan -bahan :
3 ekor ikan kerisi (dipotong dua) resepi untuk 6 orang pun boleh....(^_^)
13 batang kacang bendi
3 biji tomato di belah empat
Bahan bahan untuk menumis :
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 ulas bawang besar dihiris bulat
1 keping asam gelugur (ikut suka)
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 sudu besar serbuk kari ikan adabi (i paket kecil serbuk kari ikan)
5 cawan air (ikut suka)
garam secukup rasa
Mula memasak :
-Panaskan kuali masukkan 5 sudu minyak (ikut suka)...setelah minyak dah panas masukkan rempah buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
-Dah wangi masukkan pulak bawang putih yang telah ditumbuk lumat.Tumis hingga kekuningan.
-Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.Jangan biar kering takut hangus pulak nanti..
-Kacau-kacau..kemudian masukkan bawang besar yang dihiris...kacau-kacau lagi sehingga air kering.
-Masukkan pula 5 cawan air biarkan mendidih masukkan asam gelugur,kacang bendi dan tomato...lebih kurang 3 minit masukkan pula ikan...
-Tutup kuali dengan tudung kuali atau tudung periuk...jangan guna tudung saji atau tudung kepala okey..hi..hi...biar selama 3 minit...dan tutup api...
-Boleh di hidang terus...
p/s : selepas memasak masakan yang ada sayur jangan biarkan periuk atau kuali bertutup dengan tudungnya apatah lagi dibiar bertenggek ditas dapur yang masih panas...sayur akan menjadi lembik dan layu...(^_^)
No comments:
Post a Comment