Lagi popular platform terbabit, lebih hebat penularan aplikasi
palsu termasuk anti virus yang sepatutnya melindungi peranti mudah alih
pengguna.
Lebih membimbangkan,
penularan set anti virus palsu kini kian bertambah di setor aplikasi mudah alih
seperti Google Play, Apple AppStore dan Windows Phone.
Platform
Android antara sasaran utama apatah lagi ia diiktiraf sistem operasi paling
meluas digunakan dalam telefon pintar yang mengundang kebimbangan dalam
kalangan pengguna.
Mengikut laporan penganalisis IDC dalam laporannya, ‘IDC Worldwide Mobile Phone Tracker 2014′, pada suku keempat 2013, Android menguasai 78.1 peratus keseluruhan pengguna telefon pintar dunia.
Mengikut laporan penganalisis IDC dalam laporannya, ‘IDC Worldwide Mobile Phone Tracker 2014′, pada suku keempat 2013, Android menguasai 78.1 peratus keseluruhan pengguna telefon pintar dunia.
Manakala iOS berada di tangga kedua dengan 17.6 peratus
sementara dan Windows Phone di tempat ketiga dengan tiga peratus.
Ia bermakna, jika hanya satu peratus pengguna Android terpedaya dengan aplikasi palsu ini, kesannya akan menjadi sangat buruk.
Terkini, Kaspersky Lab menemui dua aplikasi palsu yang cuba meniru produk Kaspersky.
Aplikasi palsu pertama ditemui di Windows Phone Store yang mana ia agak janggal kerana biasanya Google Play Store yang menjadi sasaran berdasarkan tahap popularitinya.
Penerbitan aplikasi palsu ini menggunakana nama Kaspersky Mobile walhal Kaspersky Lab tidak pernah mengeluarkan produk dengan nama terbabit.
Aplikasi palsu ini meminta pengguna membayar sejumlah wang untuk memindah turunnya yang bermakna pembangun aplikasi palsu ini mendapat bayaran terus apabila pengguna mahu menggunakannya.
Aplikasi palsu kedua pula ditemui di Google Play Store yang sangat popular menggunakan nama palsu Kaspersky Anti Virus 2014.
Sekali lagi tiada produk untuk peranti yang pernah dikeluarkan Kaspersky Lab.
Salinan skrin yang digunakan aplikasi palsu di Google Play Store itu kesemuanya ditiru terus dari aplikasi sebenar Kaspersky Internet Security untuk Android oleh Kaspersky Lab.
Menurut Penganalisa Malware Kanan Kaspersky Lab, Roman Unuchek, kemunculan aplikasi palsu anti virus berbayar ini bermula dengan Virus Shield di Google Play Store.
“Kini banyak aplikasi palsu seperti ini muncul dengan penipu yang mahu membuat duit mudah ini berjaya menjual beratus malah beribu aplikasi palsu ini kepada pengguna yang kurang teliti dan mudah tertipu.
“Ia ditambah dengan antaramuka dan skrin seakan menyamai aplikasi sebenar,” katanya.
Beliau menjangkakan, aplikasi palsu ini akan terus muncul dan sukar dibendung.
“Apa yang pasti, mekanisma sekuriti yang digunakan penyedia setor aplikasi tidak dapat membendung kemunculannya tetapi pengguna sendiri harus mempunyai kesedaran membandingkan antara aplikasi tulen dan palsu,” kata Unuchek.
Aplikasi palsu bukan pertama kali muncul seperti yang berlaku ke atas Kaspersky Labs. Penjenayah siber akan menggunakan pelbagai eksploitasi yang aktif untuk menyebarkan spyware atau mengaut untung mudah yang boleh digunakan untuk mendapat akses kepada sistem operasi peranti.
Malah, terdapat peningkatan bilangan program jahat dikesan cuba menceroboh kedai aplikasi online, terutama Google Play seterusnya memasukkan aplikasi palsu yang lain pula bertujuan mencuri data semata-mata.
Walaupun Google menyemak dan menapis semua aplikasi baru yang bakal merosakkan rancangan jahat terbabit, masih terdapat ‘lubang bocor’ untuk diceroboh.
No comments:
Post a Comment