Sunday, 25 May 2014
Pentingnya Tali Pinggang Keledar Penumpang Belakang
Pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2009 ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2. Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
3. Kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
4. Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk pemandu dan
5. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan
Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, tempoh 3 tahun diberikan kepada pemilik kenderaan tersebut untuk memasang tali pinggang keledar belakang bermula 1 Januari 2009.
Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma. Bagi kenderaan yang mempunyai lebih penumpang sedangkan tali pinggang keledar tempat duduk belakang terhad maka pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab memastikan setiap penumpang menggunakan tali pinggang yang ada sepenuhnya. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu sekiranya gagal berbuat demikian.
Risiko dan kesan jika mengabaikan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:
a) Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan juga penumpang yang berada di hadapan kerana apabila sesebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50kmsj dan penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan
Berdasarkan perangkaan pada tahun 2007, pemakaian tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian telah berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes kecederaan ringan.
Sejak pelaksanaan penggunaan tali pinggang belakang, kadar kematian telah berkurangan sebanyak 50%, kecederaan parah 45% dan 50% kecederaan ringan bagi penumpang di tempat duduk belakang manakala 75% pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan.
Klik sini : http://www.astroawani.com/news/show/membimbangkan-hanya-13-peratus-patuh-pemakaian-tali-pinggang-keledar-belakang-36574
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment