Wednesday, 21 May 2014

Tauge atau Taugeh

1. Pakar menganggarkan tauge mengandungi sekurang-kurangnya 100x ganda enzim berbanding buah-buahan dan sayuran yang tidak dimasak. Enzim adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin kepada fungsi-fungsi penting badan manusia. Mengambil lebih banyak vitamin, mineral, asid amino dan asid lemak daripada makanan adalah sangat penting untuk mengoptimumkan setiap fungsi didalam badan manusia.

2.Apabila mengatakan tentang protein, makanan utama yang difikirkan adalah daging lembu, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Apa yang tidak diketahui adalah tauge juga mengandungi protein yang tinggi. 35% daripada seluruh tauge adalah protein. Menambahkan tauge didalam diet anda boleh membantu anda mendapatkan protein tanpa menambah sebarang lemak, kolesterol atau kalori yang sering diambil bersama-sama protein daging. 

3.Tauge juga mengandungi fiber yang tinggi dan rendah kalori, ia mampu membantu didalam proses mengurangkan berat badan. Memakan tauge membekalkan nutrient yang banyak tanpa kalori tambahan. Ia membantu anda kenyang lebih lama dengan kandungan fiber. 

4. Tauge mengandungi vitamin A, B-kompleks, C dan E yang tinggi. Vitamin didalam benih tauge meningkat didalam beberapa hari sahaja selepas ditanam. Kajian juga menunjukkan proses menanam tauge menambah vitamin B1 sehingga 285%, vitamin B2 sehingga 515% dan niacin 256%. 

5.Asid lemak penting juga meningkat ketika proses menanam tauge.

6.Ketika proses menanam tauge, protein dan mineral bertambah. Mineral seperti kalsium, magnesium membantu fungsi penting tubuh badan.

7.Tauge mengandungi oksigen yang tinggi

8.Tauge juga mudah ditanam dan ini dapat membantu makanan yang dimakan bebas daripada sebarang racun serangga yang merbahaya.

9.Tauge membantu mengalkalikan tubuh dimana ia dapat mengurangkan risiko kanser

10.Tauge juga murah dan mudah dimasak. Ini dapat menjimatkan masa dan kos semasa menyediakan makanan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

”related