JAGUH China, Lin Dan belum sampai ke penghujung kariernya tetapi dia kini sudah mempunyai pelapis yang tidak kurang hebatnya.Chen Long baru berusia 22 tahun dan masa depannya dalam sukan badminton sangat cerah.Lin Dan pula sudah tidak perlu bimbang kerana kecemerlangan China dalam sukan tersebut pasti berterusan dengan kehadiran beberapa pemain pelapis sehebat Chen Long.Tetapi senario di Malaysia berbeza.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak senang duduk berbanding China.Setiap hari BAM dalam kegelisahan memikirkan siapa yang bakal menggantikan pemain perseorangan No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei.
Sebelum ini, ada beberapa nama yang difikirkan layak menjadi pelapis kepada Chong Wei seperti Mohd. Arif Latif, Zulfadhli Zulkifli tetapi 'disiplin' mereka di pentas antarabangsa masih belum meyakinkan.Pencapaian juga kurang meyakinkan berbanding pemain pelapis China yang sudah mampu menawan dunia pada usia awal 20-an.. Dimana pemain-pemain pelapis negara? Adakah zaman kegemilangan Badminton negara hampir berakhir? Mungkinkah Chong Wei pemain terakhir negara yang pernah berada di posisi no1 dunia?
Melihat kepada senarai pemain-pemain pelapis negara, tiada satu pun dilihat mempunyai potensi dan kebolehan untuk manjadi pengganti Lee Chong Wei, malah tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa mereka mamang jauh ketinggalan daripada pemain-pemain pelapis negara lain. Antara pemain pelapis negara adalah Tan Chung Seang, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng, Daren Liew dan Mohd Arif Latif. Pemain pelapis negara ini rata-rata berusia 21-23 tahun. Tiada satu pun antara mereka memiliki rangking yang baik dalam senarai rangking BWF. Yang terbaik Daren Liew, itupun hanya berada di rangking 90! Mereka semua tidak layak untuk bermain di sirkit Suprseries kerana rangking yang agak rendah. Jika dibandingkan, Lee Chong Wei memenangi kejuaraan Terbuka Malayisa pada tahun 2004, ketika berusia 24 tahun dan banyak beraksi dikejohanan utama peringkat dunia ketika itu, tetapi tiada satu pun pemain pelapis berjaya mengikut jejak langkah Lee Chong Wei, malah amat jauh sekali.
China merupakan negara yang paling hebat melahirkan pemain-pemain pelapis badminton yang baik. Antaranya adalah Chen Long (rangking 4 dunia), Du Pengyu (9) dan Wang ZhengMing (18). mereka semua berusia awal 20-an dengan Cheng Long berusia 22 manakala Zheng Ming 21. mereka merupakan prospek yang sangat tinggi dan kini memang menjadi pemain yang digeruni semua pemain dalam kejohanan-kejohanan besar dunia. Mereka tidak mempunyai masalah besar kelak sekiranya Lin Dan bersara. Kejayaan China ini semamangnya patut dicontohi oleh Malaysia. Mungkin peruntukan yang besar disediakan kerajaan China membantu melahirkan atlet-atlet berbakat ini, tetapi Malaysia tidak kurang hebatnya juga. BAM mempunyai bajet yang besar setiap tahun malah dengan sumbangan besar dari korporat seperti Proton, Astro dan lain-lain, tentunya kewangan bukanlah masalah buat BAM.
Masa depan sukan Badminton negara kini dilihat agak samar, dengan Chong Wei mungkin hanya akan bermain untuk tempoh 2-3 tahun sahaja lagi. Sebelum badminton berkubur, BAM harus melakukan sesuatu untuk mengelak terjadinya perkara ini. Mereka harus lebih memberi peluang kepada atlit pelapis untuk bermain di peringkat antarabangsa. Pengalaman pemain muda ini amat kurang dan hanya inilah cara untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan pemain ini dengan mendedahkan mereka ke peringkat tertinggi. Pemain-pemain pula haruslah mengambil kesempatan ini sepenuhnya demi memartabatkan sukan badminton negara di masa depan nanti.
No comments:
Post a Comment