Terdapat dua penyenggaran berjadual yang perlu dilakukan iaitu:
- Penyenggaran harian atau mingguan – dilakukan sendiri oleh pengguna.
- Penyenggaraan tetap – dilakukan oleh juruteknik mahir.
Dalam bahagian ini saya akan menunjukkan penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Ia sangat mudah tetapi memberi kesan besar kepada operasi unit penyaman udara. Penyenggaran harian atau mingguan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah membersih penapis udara dan mengelap badan unit dalam dengan kain lembap. Langkah keselamatan sebelum anda melakukan penyenggaran ini ialah OFF kan unit penyaman udara dan cabut plug 3 pin dari soket.
- Membuka penutup hadapan.
- Mengeluarkan penapis udara.
- Membersihkan penapis udara dengan air.
- Mengeringkan penapis udara.
- Memasukkan semula penapis udara ke dalam slot.
- Menutup semula penutup hadapan.
- Mengelap bahagian badan unit dengan kain lembap.
Penyenggaraan tetap pula meliputi kerja – kerja seperti memeriksa kuantiti gas, mencuci penyejat dan pemeluwap dengan bahan kimia, memeriksa salur air, memeriksa saluran pemaipan kuprum untuk mengesan kebocoran dan memeriksa sambungan wayar antara komponen.
Adalah agak sukar untuk diterangkan di sini kerana ia melibat kerja – kerja praktikal dan memerlukan peralatan spesifik. Oleh itu pengguna disarankan mengambil juruteknik mahir untuk melakukan kerja penyenggaraan sekurang – kurangnya setahun sekali. Namun jika ada masalah pada unit, penyenggaraan perlulah dibuat segera.
No comments:
Post a Comment