Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang
bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan
Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah
membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar
taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah
Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah
dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan
pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara
lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu
mata wang) dan dari sudutfiqhiyyah ia tertakluk di bawah
hukum Bay
al-Sarf yang perlu dipatuhi
syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:
Syarat-syarat
umum jual beli:
1.
Pihak yang berakad
mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
2.
Harga belian hendaklah
diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
3.
Item belian hendaklah
suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh
diserahkan kepada pembeli;
4.
Sighah akad hendaklah
menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dansighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan
menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat-syarat
khusus Bay al-Sarf:
1.
Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat
dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah
daripada majlis akad;
2.
Jual beli matawang
hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
3.
Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.
Selain memenuhi
syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan
pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas
daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay(pemberian hutang dengan syarat dilakukan
transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman
atau eksploitasi.
Berdasarkan kajian
terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan
pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi
unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang
melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang
yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu
ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.
Sehubungan itu,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa
ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah
dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang
daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
Muzakarah juga
menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus
niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan
urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh
institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia...(sumber : e-fatwa)
No comments:
Post a Comment