Penyakit ini berlaku di Asia Barat, jauh dari negara kita. Bagi
sebilangan orang, tiada apa perlu dirisaukan kerana beranggapan jarak yang jauh
mungkin menyukarkan penyakit itu untuk merebak ke negara kita.
Namun
seperkara yang perlu diingat, Novel Coronavirus juga dikenali sebagai Middle
East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) mungkin boleh berjangkit.
Ini
kerana manusia dari seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Jemaah haji juga perlu dipantau dan langkah pencegahan harus diambil bagi
mengelak terkena jangkitan.
Kes ini adalah kejadian kecemasan kesihatan awam yang kritikal bukan hanya bagi negara yang terbabit tetapi juga terhadap masyarakat dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mngenai wabak ini pada September 2012.

MERS-CoV adalah satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. Ia adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003 adalah satu
daripada strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
MERS-CoV dan SARS adalah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu sama lain. Ketika ini beberapa negara di rantau Asia Barat melaporkan kes MERS-CoV dan negara berkenaan adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia, begitu juga beberapa negara dari rantau Eropah iaitu Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom.
Bagi kes dilaporkan dari Tunisia dan negara rantau Eropah, mereka sama ada mempunyai sejarah lawatan ke rantau Asia Barat atau sejarah kontrak dengan pelawat yang mempunyai gejala sejurus pulang dari lawatan ke Asia Barat.
Jangkitan respiratori yang berlaku secara akut dan serius iaitu demam dan kesukaran bernafas adalah gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV.
Pesakit yang terkena jangkitan mengalami radang paru-paru. Ada juga sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit-birit.
“Lebih membimbangkan jika penyakit ini berjangkit kepada individu yang menghadapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan kerana gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk tidak lazim.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejak kejadian MERS-CoV dikesan, aktiviti pemantauan dan pencegahan sewajarnya, termasuk pemantauan ke atas jemaah haji pada musim haji tahun lalu (1433 hijrah) dilaksanakan Kementerian Kesihatan.
Katanya, sehingga kini tiada kes dikesan menghidap jangkitan itu. Sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kejadian jangkitan MERS-CoV di negara ini, Kementerian Kesihatan mempertingkatkan langkah pemantauan dan pencegahan.
“Ini termasuk mempertingkatkan langkah pemantauan dan pencegahan, umpamanya mempertingkatkan saringan demam di Pintu Masuk Antarabangsa dan pemantauan terhadap kejadian jangkitan respiratori di seluruh negara.
“Usaha juga dilakukan dengan meningkatkan keupayaan pihak hospital untuk menerima dan merawat kes disyaki serta keupayaan pihak makmal dalam menjalankan ujian pengesahan kes,” katanya.
Menurutnya, sebagai persediaan bagi musim haji akan datang (1434 Hijrah), Kementerian Kesihatan berkerjasama Lembaga Tabung Haji (LTH) akan menjalankan pemantauan terhadap status kesihatan jemaah haji sebelum berlepas, sepanjang tempoh mereka berada di Tanah Suci dan selepas pulang ke tanah air.
“Pasukan Perubatan Haji yang bertugas di Tanah Suci dan jemaah haji yang bakal mengerjakan haji pada musim haji kali ini akan diberi pendidikan kesihatan berkaitan penyakit ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil, di samping memberi penekanan mengenai penjagaan kesihatan diri,” katanya.
Buat masa ini, WHO tidak mengeluarkan nasihat perjalanan atau larangan lawatan ke negara terbabit. Bagaimanapun, khusus untuk orang awam yang ingin mengerjakan umrah, mengerjakan haji atau mengadakan lawatan ke negara di rantau Asia Barat yang kini ada kejadian jangkitan MERS-CoV, Kementerian Kesihatan memberi panduan berkaitan:

· Selalu mengamalkan
tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan menggunakan air
dan sabun atau bahan pencuci tangan terutama selepas batuk, bersih atau selepas
bersalaman. · Ketika dalam tempoh
lawatan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci
tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.
· Ketika dalam tempoh
lawatan, elak menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya,
menjamah buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dulu atau minum
minuman menggunakan bekalan air tidak terawat.
· Mereka yang
pulang dari lawatan ke negara di Asia Barat dengan gejala jangkitan respiratori
(seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak) dinasihatkan memakai penutup
mulut dan hidung. Jika gejala dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk,
segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan
mereka kepada doktor yang merawat.
No comments:
Post a Comment