Wednesday, 21 May 2014

GAJI NAIK 30% HADAPI GST CADANGAN CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.

Katanya, CUEPACS berharap pelaksanaan GST kelak tidak menyebabkan barangan harian mengalami kenaikan yang melampau.“Pendedahan maklumat tentang pelaksanaan GST ini masih rendah dalam kalangan rakyat, justeru kerajaan perlu mempergiat pemahaman sistem itu kepada semua pihak agar tidak dianggap membebankan.“Dalam masa sama, penjelasan tentang GST ini membolehkan kumpulan sasar iaitu rakyat dan komuniti setempat betul-betul faham, seterusnya menikmati keuntungan daripada sistem cukai itu," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Seminar Transformasi CUEPACS yang turut disertai Pengerusi CUEPACS negeri, Cecilia Yong.Dalam perkembangan lain, Azih berkata, kerajaan dan setiausaha kerajaan negeri diminta melaksanakan segera 81 skim perkhidmatan untuk penjawat awam di Sarawak kerana telah diluluskan pada 1 Julai 2013.Katanya, pelaksanaan itu adalah wajar kerana ramai penjawat awam di negeri itu masih menunggu tarikh dan pelaksanaan sebenar skim tersebut.

“CUEPACS juga memerlukan ruang untuk bertemu dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani untuk melaksanakan segera 81 skim tersebut, selain memohon pertimbangan menyemak 100 lagi skim lain.“Sehingga kini, skim penguatkuasaan dan perkeranian masih menunggu bentuk skim baharu manakala bagi klasifikasi lain sudah menerima faedah daripada 81 skim berkenaan," katanya.

Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan bahawa kerajaan telah selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim, membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100 skim lagi sedang diteliti.

Jika CUEPACS menuntut kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 30% bagi menghadapi GST mulai 1 April 2015, ini bermakna bahawa GST terbukti membebankan rakyat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

”related