Istiwa’ A’dzhom merupakan saat matahari secara tepatnya melintasi pada koordinat Kaabah iaitu 210 25′ 21.03″ N, 39o 49′ 34.42″ E. Ketika fenomena ini berlaku, matahari berada tepat diatas Kaabah.
Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia.
Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).
"Jika berada di sana (Masjidilharam), umat islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.
"Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat," katanya.
Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan.
"Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat," katanya.
Langkah-langkahnya :
Perhatikan gambar dibawah sambil memahami langkah-langkah yang diterangkan. Rasanya kalau tengok gambar di bawah ni pun dah cukup.
- Pacakkan satu batang kayu atau apa-apa objek lurus di atas permukaan yang rata.
- Pastikan obejk dipacakkan secara lurus dan tegak 90′ dan tidak terlindung dari cahaya Matahari. Nak senang, kita boleh juga guna tingkap bilik @ masjid kita yang disinari cahaya matahari ataupun guna je objek sedia ada yang lain seperti tiang rumah, tiang lampu eletrik dsb.
- Tunggu sehingga 5:16pm (jika 28 Mei) dan 5:28pm (jika 16 Julai)
- Apabila masuk waktunya,lihat pada bayang objek dan unjurkan bayang tersebut ke arah kedudukan Matahari
- * bayang yang terbentuk dari objek tidak menunjukkan arah kiblat tetapi arah yang setentang dengan bayang itulah arah kiblat.
- Garisan yang diunjurkan itulah menunjukkan arah kiblat yang tepat, Insya Allah.
Safety Precaution:
Pastikan jam anda tepat dan tidak rosak..hehe
Pastikan anda merujuk waktu Malaysia (5:16pm/5:28pm) bukannya waktu Makkah. Waktu tersebut hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja.
No comments:
Post a Comment