Sunday, 1 June 2014

Brazuca bola rasmi Piala Dunia 2014

Brazuca adalah bola rasmi yang ke-12 keluaran adidas yang akan digunakan pada Piala Dunia. Nama Brazuca, yang bermaksud cara hidup orang Brazil, dipilih selepas ia menerima lebih daripada sejuta undian daripada para peminat di seluruh dunia.

Teknologi di sebalik reka bentuk bola Brazuca adalah sama seperti yang digunakan dalam UEFA Euro 2012, Piala Konfederasi FIFA 2013 dan Liga Juara-Juara UEFA. Brazuca mempunyai permukaan panel yang berbeza daripada bola biasa dengan cengkaman lebih baik, sentuhan serta kestabilan aerodinamik yang memenuhi kriteria ditetapkan FIFA dan menjanjikan prestasi terbaik dalam semua keadaan.


Adidas menghabiskan 2 tahun untuk membangun dan memperhalusi bola tersebut menjadikannya bola yang diuji paling lama dalam penciptaan bola oleh Adidas. Brazuca bermaksud "Brazilian" atau mewakili cara hidup orang brazil.

Brazuca menggunakan six-panel design yang meningkatkan simetri, keseragaman dan kecekapan.

Brazuca COVER: 6 panel premium PU yang di cantumkan untuk mengurangkan penyerapan air dan bulat sepenuhnya. Brazuca BLADDER: Getah untuk rebound yang excellent.

Dengan enam panel berasingan yang dicantumkan, bola itu turut dihiasi dengan gelang hasrat tradisi berwarna-warni yang amat popular di Brazil.






Solat Orang Islam Zaman Sekarang ada 8 jenis



Anda fikirkan anda dari jenis solat yang macammana ?


#1 - Solat Ikut-Ikutan


Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli,
solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.


Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat
kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh
Allah SWT di Akhirat kelak.


#2 - Solat Ikut Mood


Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi
tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas
menunaikan solat.


#3 - Solat Orang Lalai


Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak
mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa
Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka
tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan
Bahasa Arab.


#4 - Solat Awam


Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab,
tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan
berkaitan dengan solat.


Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang
bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya.


#5 - Solat Orang Yang Kurang Khusyuk


Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat
tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun
kadang-kala khusyuk.


Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia
diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya
tidak putus dengan urusan dunia.


#6 - Solat Orang Soleh


Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz
-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim,
hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. Uusan
dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT.


#7 - Solat Golongan Al-Muqarrabin


Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan
penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat
amatlah Indah.


Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat,
sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri
hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar
solat.


#8 - Solat Golongan As-Siddiq


Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya
di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka.


Sekian.

Semoga kita dapat menilai level solat kita berada pada
tahap mana untuk sama-sama mendapat iktibar.

Insyaa Allah.

Kenapa Restoran Mamak jadi pilihan

Pemandangan di restoran mamak kebanyakannya sama sahaja. Pengusaha restoran mamak akan melaburkan sedikit wang untuk membeli TV skrin 42 inci untuk tatapan pelanggan sambil menjamu selera. Ada kalanya mereka akan memancarkan siaran TV itu tadi ke skrin projektor untuk memberi lebih kepuasan kepada hati pelanggan. Konsep restoran juga bersifat lebih terbuka dengan kerusi meja jenis tahan karat dan kipas air dipasang untuk keselesaan. Bagi pengusaha restoran yang lebih ‘celik IT’, mereka turut menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma untuk pelanggannya, walaupun pelanggan itu tadi hanya memesan secawan teh tarik. Meja dan kerusi diatur sehingga ke laluan pejalan kaki restoran, dan ada juga pengusaha kedai yang terpaksa meletakkan kerusi dan meja sehingga menutupi sebahagian jalan raya, hanya untuk menampung jumlah pelanggan yang berkunjung ke restoran mereka.

Restoran mamak. Tentu anda tertanya-tanya, asal-usul istilah ‘mamak’ itu. Mengikut kajian yang dibuat di Internet, istilah ‘mamak’ berasal daripada istilah bahasa Tamil ‘maa-ma’, iaitu gelaran untuk bapa saudara sebelah ibu. Barangkali istilah ‘kedai mamak’ atau ‘restoran mamak’ dipetik daripada amalan kanak-kanak menggelar si penjaga kedai ‘uncle’ atau ‘maa-ma’ dalam bahasa Tamil. Perkataan ‘mamak’ ini kemudiannya sudah jadi mesra di bibir dan dengan budaya setempat masyarakat kita.

Terdapat banyak restoran mamak yang diusahakan di negara ini. Pada tahun 1994, hanya terdapat sebanyak 40 restoran Mamak di Malaysia. Bagaimanapun sehingga tahun 2012, mengikut senarai yang diperoleh daripada Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), terdapat lebih 7,500 restoran mamak di Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya kira-kira 2,950 restoran mamak yang menjadi ahli dan bernaung di bawah PRESMA. PRESMA merupakan sebuah pertubuhan yang diasaskan pada Mac 1994. Idea asal penubuhan pertubuhan ini adalah untuk menyelesaikan segala masalah dan cabaran yang timbul di samping dapat menyatukan semua pengusaha restoran mamak di bawah satu bumbung.

Kepopularan Restoran Mamak

Kenapa restoran mamak di negara kita ini cukup popular? Apakah kekuatannya? Yang pastinya sudah tentu atas faktor makanannya yang murah dan pelbagai. Jika dibandingkan dengan restoran atau warung biasa, kos untuk sarapan pagi contohnya hidangan roti canai dan teh tarik tidak sampai RM3 seorang. Begitu juga nasi lemak bungkus yang terdapat atas meja di restoran mamak, masih lagi mengekalkan harga RM1 ke RM1.20 sebungkus. Bagi mereka yang masih menuntut, tentulah restoran mamak menjadi pilihan untuk mereka makan sambil berborak dengan teman-teman. Kerapkali juga restoran mamak menjadi tumpuan kaki bola pada musim kejohanan bola sehingga ada pengusaha yang menganggapnya sebagai musim pelanggan!

Restoran mamak juga menghidangkan pelbagai jenis hidangan India Muslim seperti roti canai, roti telur, martabak, thosai, capati, nasi kandar, nasi biryani, Maggi goreng, rojak mamak, teh tarik dan pelbagai jenis jus buah-buahan. Kini, dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan, terdapat juga restoran Mamak yang turut menyediakan gerai-gerai tambahan di restoran mereka. Gerai-gerai masakan Thai, sate dan juga kerang bakar dibuka agar pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan makanan yang enak dan sedap.

Dalam mana-mana perniagaan di dunia ini, lokasi memainkan peranan penting. Jika diamati, kebanyakan pengusaha restoran mamak memilih untuk membuka premis mereka di lot tepi bangunan. Walaupun terpaksa mengeluarkan lebih belanja untuk membeli atau menyewa premis kedai yang sedemikian, namun pelaburan itu dianggap berbaloi. Antara faedah premis seperti ini adalah untuk memudahkan pelanggan mencari restoran mereka, mendapat lebih ruang meletakkan kerusi meja di luar premis dan menyenangkan pelanggan meletakkan kenderaan masing-masing. Pengusaha kedai mamak juga sangat yakin dengan pelaburan yang dibuat. Adalah satu senario yang biasa jika restoran mamak merupakan restoran yang pertama dibuka di deretan rumah kedai yang baru. Tidak takut untuk menghadapi persaingan, ini terbukti apabila di sesetengah tempat boleh ada lebih daripada sebuah kedai mamak di satu deretan kedai yang sama.

Kebanyakan restoran mamak memilih untuk beroperasi 24 jam sehari. Justeru memudahkan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar pada bila-bila masa. Pada siang hari, restoran mamak akan dipenuhi oleh para pelanggan bersama keluarga mereka dan kebiasaannya senario ini akan berubah bila menjelang malam. Restoran mamak ini tadi akan mula dipenuhi oleh remaja-remaja yang meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak. Sudah tentu, dengan membuka restoran dan beroperasi selama 24 jam sehari, pengusaha restoran berupaya untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Ini terbukti apabila industri restoran mamak di negara ini telah dapat memberi sumbangan yang besar dengan menjana ekonomi negara sebanyak kira-kira RM8 bilion setahun.

Selain itu, pemilik restoran mamak sangat menitik beratkan layanan terhadap pelanggan mereka. Jumlah pelayan restoran pada satu-satu masa adalah sangat ramai. Masuk sahaja ke dalam restoran, sudah ada pelayan restoran yang akan mengekori kita sehingga ke meja makan semata-mata untuk mendapatkan pesanan makanan. Makanan yang dipesan juga dihantar dengan segera. Pelayan juga amat menghormati pelanggan yang datang ke restoran. Jarang dapat dilihat pelayan yang duduk-duduk di kerusi pelanggan ataupun mengangkat pinggan makanan sebelum pelanggan membayar wang makanan mereka. Apabila pelanggan puas hati dengan layanan yang diberikan, sudah pasti mereka akan kembali semula ke restoran tersebut. Bolehlah diumpamakan restoran mamak ini cuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kadar bayaran perkhidmatan yang rendah dan berpatutan!

Selain itu, pengusaha restoran mamak ini juga cuba menerapkan amalan-amalan murni untuk memastikan perniagaan mereka sentiasa diberkati Allah. Contohnya, restoran mamak banyak memaparkan ayat-ayat suci Al-Quran dan ada juga yang memperdengarkan bacaan Al-Quran di restoran mereka. Sering kali pada setiap hari Jumaat, pengusaha restoran juga tidak melupakan amalan bersedekah walaupun sekadar sebiji pisang untuk setiap pelanggan.

Cabaran

Pengusaha restoran mamak juga sering kali diuji. Daripada isu bahan yang digunakan dalam masakan sehinggalah kepada isu kebersihan restoran. Rempah kas kas yang digunakan dalam hidangan masakan restoran Mamak pernah dijadikan isu. Ada suara yang mengatakan rempah kas kas ini boleh menyebabkan ketagihan pengunjung restoran terhadap masakan mamak. Kebimbangan mula timbul apabila mengetahui kas-kas ini berasal daripada pokok popi, yang dapat menghasilkan sejenis dadah yang dipanggil opium atau nama glamornya candu. Pengusaha-pengusaha restoran mamak pula merasakan diri mereka disabotaj dan menganggap isu ini telah memberikan kesan yang buruk terhadap imej restoran mamak. Pihak PRESMA pula teguh berdiri di belakang pengusaha restoran mamak. PRESMA menyatakan kesediaan untuk mengarahkan semua restoran mamak untuk menghentikan penggunaan kas-kas jika benar-benar ada bukti termasuk bukti saintifik bahawa bahan itu boleh membawa kepada ketagihan. Namun, isu ini masih samar-samar dan tiada bukti kukuh yang dikeluarkan sehingga ke hari ini.

Kini timbul pula isu daun pisang tiruan yang digunakan oleh pengusaha restoran mamak bagi menggantikan daun pisang yang sebenar. Pengusaha cuba mengurangkan kos perniagaan dengan menggunakan daun pisang kertas yang Cuma berharga RM5.50 untuk 100 helaian berbanding daun pisang sebenar yang berharga 30sen setiap helai. Daun pisang tiruan ini dikatakan membahayakan kesihatan kerana dibuat daripada kertas yang di kitar semula. Apabila dihidangkan dengan hidangan yang panas, daun pisang tiruan ini dikatakan akan mengeluarkan bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Walau bagaimanapun, isu ini dianggap selesai apabila contoh daun pisang tiruan ini telah dihantar ke SIRIM untuk diuji. SIRIM juga telah mengesahkan bahawa daun pisang tiruan itu selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan Malaysia.

Dari segi isu kebersihan pula, kita pun sedia maklum yang kebanyakan restoran mamak ini beroperasi 24 jam sehari. Oleh itu, kemungkinan agak sukar bagi mereka untuk mengekalkan isu kebersihan, kerana pengunjung sentiasa ada dalam restoran. Namun tanggapan operasi lebih masa penyebab faktor kebersihan merudum adalah tidak betul. Soal kebersihan sebenarnya bergantung kepada sikap pengusaha dan pekerja di restoran itu dan bukannya pada jangka masa restoran beroperasi. Ini terbukti apabila ada juga restoran mamak yang beroperasi 24 jam mempunyai tahap kebersihan yang baik sehingga diberi penilaian Gred A oleh pihak berkuasa tempatan yang sentiasa memantau soal kebersihan.

Restoran mamak juga pernah menghadapi krisis pekerja. Tahun 1994 dan 1995 merupakan tahun yang paling mencabar. Pembukaan banyak restoran mamak telah menyebabkan krisis pekerja berlaku. Pada tahun 1996, dasar kerajaan yang membenarkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber (negara jenis masakan yang dijual) menjadi penyelesaian kepada masalah kekurangan pekerja. Masakan mamak bersumberkan rempah ratus dari India, maka pengambilan pekerja dari India telah dibenarkan. Namun cabaran baru pula timbul apabila faktor bahasa menjadi masalah dalam memahami kehendak pelanggan. Ada yang terpaksa mengulang permintaan pelanggan agar apa yang didengar sama dengan apa yang difahami. Ada pula yang lain dipesan, lain pula hidangan yang sampai. Namun pelayan ini bertindak merendah diri dan segera menggantikan dengan hidangan yang betul untuk menjaga hati pelanggan itu.

Masalah obesiti dan kegemukan di Malaysia juga sering kali dikaitkan dengan faktor pemakanan. Masyarakat selalu diingatkan dengan keperluan untuk menghindari makanan-makanan berkolesterol. Acap kali makanan di restoran mamak disalahkan kerana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya teh tarik, roti canai, pasembor, nasi kandar, nasi biryani dan pelbagai jenis makanan berkari dan bersantan. Namun, sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman yang mencukupi, maka makan makanan di restoran mamak bukan lah penghalang untuk mendapat kesihatan yang baik.

Kesimpulan

Sehingga kini, kejayaan sebenar restoran Mamak masih dilihat sebagai misteri. Tidak banyak buku, ulasan di laman web atau artikel yang ditulis untuk mengupas rahsia sebenar kejayaan mereka. Apa yang dicatatkan dalam artikel ini hanyalah pada pandangan penulis sahaja. Mungkin ada kebenarannya, namun kebarangkalian untuk terdapatnya faktor-faktor lain yang mempengaruhi kecemerlangan restoran Mamak amatlah tinggi. Apa yang pasti, restoran Mamak mempunyai pengaruh yang besar dalam penguasaan perniagaan restoran. Faktor-faktor di atas mungkin antara penyebab kejayaan, namun yang pasti, kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan amalan tidak berputus asa dalam menguruskan perniagaan mereka.
__________________
So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas,.. kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas :)

Wednesday, 28 May 2014

Alfatihah Sultan Perak Telah Mangkat pada 28 Mei 2014




Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Tuesday, 27 May 2014

Peristiwa Istiwa A'dzhom atau Istiwa Kaabah

Apakah Istiwa’ A’dzhom?

Istiwa’ A’dzhom merupakan saat matahari secara tepatnya melintasi pada koordinat Kaabah iaitu 210 25′ 21.03″ N, 39o 49′ 34.42″ E. Ketika fenomena ini berlaku, matahari berada tepat diatas Kaabah.

Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia.

Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).


"Jika berada di sana (Masjidilharam), umat islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.


"Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat," katanya.

Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan.

"Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat," katanya.




Langkah-langkahnya :

Perhatikan gambar dibawah sambil memahami langkah-langkah yang diterangkan. Rasanya kalau tengok gambar di bawah ni pun dah cukup.



  1. Pacakkan satu batang kayu atau apa-apa objek lurus di atas permukaan yang rata.
  2. Pastikan obejk dipacakkan secara lurus dan tegak 90′ dan tidak terlindung dari cahaya Matahari. Nak senang, kita boleh juga guna tingkap bilik @ masjid kita yang disinari cahaya matahari ataupun guna je objek sedia ada yang lain seperti tiang rumah, tiang lampu eletrik dsb.
  3. Tunggu sehingga 5:16pm (jika 28 Mei) dan 5:28pm (jika 16 Julai)
  4. Apabila masuk waktunya,lihat pada bayang objek dan unjurkan bayang tersebut ke arah kedudukan Matahari
  5. * bayang yang terbentuk dari objek tidak menunjukkan arah kiblat tetapi arah yang setentang dengan bayang itulah arah kiblat.
  6. Garisan yang diunjurkan itulah menunjukkan arah kiblat yang tepat, Insya Allah.


Safety Precaution:

Pastikan jam anda tepat dan tidak rosak..hehe
Pastikan anda merujuk waktu Malaysia (5:16pm/5:28pm) bukannya waktu Makkah. Waktu tersebut hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja.

Mutiara Kata Islam



















Masalah Perkakasan Komputer

Tak dinafikan, kadangkala peranti komputer mengalami masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri. Tak perlu membazir duit menghantarnya ke kedai, lakukan pemeriksaan awal dulu kerana kamu pasti menepuk dahi berikutan penyelesaiannya lebih mudah daripada jangkaan.

Biasalah, orang muda mana tahan sabar, tak mungkin boleh menunggu mencari punca masalah terutamanya urusan yang perlu diselesaikan segera. Jadi penyelesaian paling mudah, hantar saja ke kedai dan mulalah pakar komputer mengatakan masalah itu dan ini.

Padahal kalau kita tahu dan ada pengetahuan mengenai komputer, masalah mudah seperti operasi komputer perlahan, berbunyi dan serangan virus masih boleh kita selesaikan sendiri.




Masalah berkaitan perkakasan komputer.

1. Gangguan bekalan kuasa - Jika kamu selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaiannya mudah dengan menggunakan Uninterruptible Power Supply (UPS). Ia akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan kamu masa mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dulu jika perlu.


2. Kepanasan - Sering kali berlaku kes komputer atau laptop tidak memiliki sistem penyejukan mencukupi yang tidak mampu menampung kerja yang kamu sedang lakukan. Apabila ini berlaku, komponen komputer atau laptop itu mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer atau laptop kamu terlebih dulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja, sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.


3. Bunyi asing dan getaran - Masalah ini hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer kamu. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, kamu boleh cuba melakukan pemeriksaan awal.

Bagi menyelesaikannya, buka CPU kamu berhati-hati untuk mengetahui masalah itu. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar atau skru longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah itu, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan yang lebih pakar.


4. Selalu ‘reboot’ sendiri - Masalah yang biasa dialami komputer ialah kadangkala akan berulang kali ‘reboot’ sendiri tanpa permintaan. Laptop terutamanya selalu berdepan masalah seperti ini. Kes ini selalunya disebabkan perkakasan komputer itu sendiri.

Penyelesaiannya mudah. Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan sama ada kamu sudah mengalami kerosakan ataupun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk kamu telah kotor menyebabkan habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan dan menyebabkan komputer kamu mati secara automatik.


5. Sambungan USB tidak berfungsi - Kadangkala apabila kamu cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer, laptop, notebook atau sebagainya, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti itu.

Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

Penyelesaiannya, cuba untuk terus menyambungkan USB secara langsung ke salah satu port USB komputer kamu tanpa sebarang perantara. Peralatan kecil seperti pemacu USB, tetikus dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elak menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.


6. Masalah mesin pencetak - Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara tepat pencetak ke komputer kamu mengikut arahan pengilang pencetak kamu. Kemudian cuba ‘troubleshooter’ untuk mengetahui masalah pencetak yang akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah kamu.

Penyelesaian khusus untuk mereka yang menggunakan perisian Windows 7, buka troubleshooter pencetak dengan klik pada ‘start’, kemudian ‘control panel’, taipkan ‘troubleshooter’ pada kotak carian, troubleshooting di bawah ‘hardware and sound’, klik pada ‘use a printer’ dan seterusnya ‘next’.


Sekiranya kamu berdepan masalah berkaitan tindak balas pada komputer kamu.

7. Prestasi komputer semakin perlahan - Apabila menyedari komputer kamu mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail yang tidak perlu, pecahan data, ‘registry korup’, gangguan program ‘spyware’, perkhidmatan atau perisian.

Penyelesaian mudah dengan uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan ‘registry’ dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kelajuan prestasinya.

Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan adalah dengan pergi ke Windows 7, butang ‘start’, ‘control panel’, lihat pada ‘programs’, ‘uninstall a program’, pilih program atau perisian dan klik ‘uninstall/change/repair’.

Kamu perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program atau perisian yang penting.


8. Ralat mesej ketika ‘start-up’ - Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, kamu dapat melihat mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya.

Jika melihat mesej ini, kamu perlu menekan kekunci kira-kira lapan hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula. Ini berlaku kerana kamu hanya memadamkan sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya.

Jika kamu benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah di atas.


9. Skrin tidak berfungsi - Apabila skrin kamu tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, kamu mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan ‘spyware’.

Apabila ini berlaku, kamu tiada pilihan selain terpaksa reboot komputer kamu. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.


10. Serangan virus dan ‘spyware’ - Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer kamu.

Tapi, bagaimanakah jika serangan itu begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti kamu masih belum dikemas kini?

Penyelesaiannya? ‘Windows Defender’ ialah perisian ‘antispyware’ yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi kamu juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan ‘spyware’ terbaru.

Cara aktifkan dengan ke butang ‘start’, taip ‘defender’ dalam kotak carian dan kemudian ke windows defender.


11. Tidak dapat jalankan Windows - Jika kamu masih dapat boot dalam ‘safe mode’ (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan. Cuba menggunakan ‘system restore’ jika kamu berada dalam ‘safe mode’ atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya.

Jika kamu tidak dapat boot ke ‘safe mode’, cuba boot ke dalam komputer dalam mod ‘repair my computer’ untuk memperbaiki masalah isu ‘start-up’ itu.


Tak terlepas, masalah berkaitan teknikal. Apa kata kita kenal pasti beberapa masalah berkaitan tenikal yang masih boleh kita selesaikan sendiri.

12. Kehilangan fail ‘Dynamic-Link Library’ (DLL) - DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi kamu mengenai bagaimana untuk melaksanakan fungsi tertentu. Kadangkala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer kamu tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan.

Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika kamu cuba melakukan fungsi yang terbabit seperti penyimpanan. Jika masalah itu dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, kamu perlu mengenal pasti fail DLL itu melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (daripada Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail ataupun carian di enjin carian.


13. Blue Screen of Death (BSoD) - Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini iaitu skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ini adalah salah satu petanda yang berlaku masalah yang agak kronik.

Usah risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan kamu untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya.

Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tapi skrin menyediakan kamu dengan kod yang boleh membantu rujukan kamu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah itu.


14. Ruang Disk penuh - Ia berlaku kerana kamu membiarkan bagi jangka masa yang lama disk komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail Internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore.

Remaja umpamanya, mereka gemar memuat naik pelbagai aplikasi menarik yang kemudiannya hanya membuatkan komputer peribadi menjadi berat dan perlahan. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian: Peralatan ‘disk cleanup’ membantu membebaskan ruang pada ‘hard disk’ dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadamkan beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.


15. ‘Hard drive’ gagal berfungsi - Ini adalah senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan ‘hard drive’ rosak atau korup. Kamu dapat mengesannya jika sistem kamu tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Jika kamu bimbang berkenaan keselamatan fail kamu, cuba langkah berikut sebelum menghantar ke kedai. Kamu boleh cuba untuk mengambil fail menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan peralatan pemulihan sistem percuma seperti ‘SuperDuper’, ‘The Ultimate Boot CD’ dan sebagainya.


16. Windows out-of-date - Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walaupun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi.

Ini kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Bagaimanapun untuk keselamatan, kamu juga boleh lakukannya sendiri jika Windows sudah out-of-date.


17. Penggunaan memori berlebihan - Jika kamu mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila kamu sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori.

Untuk menghentikan kebocoran itu, kamu perlu menghentikannya dengan menutup program berkenaan. Untuk memperbaiki kebocoran memori itu, kamu perlu memeriksa kemas kini perisian program berkenaan atau hubungi empunya perisian.


Masalah berkaitan Internet

18. Carian rangkaian ‘wayerles’ - Jika dengan laptop, kamu sering kali bermasalah menyambung senarai rang­kaian ‘wayerles’ ketika kamu memerlukan sambungan Internet jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian ‘wayerles’ hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai rangkaian ‘wayerles’, ‘driver’ dipasang dan penyesuai diaktifkan.
Penyelesaian dengan melakukan tetapan secara manual.


19. Sambungan Internet perlahan - Tidak kira seberapa pantas pun sambungan Internet yang kamu miliki, kadangkala kamu dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.


20. Masalah sambungan Internet - Masalah kehila­ngan sambungan Internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh kamu lakukan, cuba jalankan troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis.

Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah berlaku. Jika masalah ini berlaku selepas kamu memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia sudah berubah.

Sumber : Berita Harian

Syaaban dah dekat


(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia (nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Resepi Kari Ikan Tanpa Santan

Kari ikan ni tak perlukan santan dan rasa masam seperti asam pedas...sesuai untuk orang mengandung yang loya tekak ataupun penggemar masakan jenis masam-masam seperti tomyam,asam pedas dan tempoyak..

Resepi ini juga sesuai untuk diet sebab ia kurang penggunaan kolestrol dan berempah.... Kari ni sesuai sangat dimakan bersama keropok papedam...

Jom cuba resepi ni...


Bahan -bahan :
3 ekor ikan kerisi (dipotong dua) resepi untuk 6 orang pun boleh....(^_^)
13 batang kacang bendi
3 biji tomato di belah empat

Bahan bahan untuk menumis :
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 ulas bawang besar dihiris bulat
1 keping asam gelugur (ikut suka)
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 sudu besar serbuk kari ikan adabi (i paket kecil serbuk kari ikan)
5 cawan air (ikut suka)
garam secukup rasa

Mula memasak :
-Panaskan kuali masukkan 5 sudu minyak (ikut suka)...setelah minyak dah panas masukkan rempah buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
-Dah wangi masukkan pulak bawang putih yang telah ditumbuk lumat.Tumis hingga kekuningan.
-Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.Jangan biar kering takut hangus pulak nanti..
-Kacau-kacau..kemudian masukkan bawang besar yang dihiris...kacau-kacau lagi sehingga air kering.
-Masukkan pula 5 cawan air biarkan mendidih masukkan asam gelugur,kacang bendi dan tomato...lebih kurang 3 minit masukkan pula ikan...
-Tutup kuali dengan tudung kuali atau tudung periuk...jangan guna tudung saji atau tudung kepala okey..hi..hi...biar selama 3 minit...dan tutup api...
-Boleh di hidang terus...

p/s : selepas memasak masakan yang ada sayur  jangan biarkan periuk atau kuali bertutup dengan tudungnya apatah lagi dibiar bertenggek ditas dapur yang masih panas...sayur akan menjadi lembik dan layu...(^_^)

Monday, 26 May 2014

Kolesterol itu Apa

 
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.




Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

sumber : http://jomvitamin.com/v1/apa-itu-kolesterol/

Tanda Lelaki Takde Duit Melalui 10 tanda

firstly kpd kaum adam skalian aku nk tanya korang..koang pernah rasa tak bila awek korang ajak date tapi hati korang cm berat je nk pg coz korang dah takde duit ? bg kepada yang berkemampuan takpe lah tp bg yg kurang ada kemampuan.so tajuk diatas actually benda ni aku mmg nk dedikasi kan benda ni kepada golonga kaum hawa bila kaum adam mcm aku dan yang lain-lain ni takde duit (bukan kedekut ok) coz bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit (ego punya pasal)

so antara tanda-tandanya adalah seperti berikut:

1. Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, kaum adam lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama pasangannya.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan maklumlah kalau sekali date paling kurang pon RM 50 atau mungkin lebih.

2. Menonton DVD/Melayari internet/Main game sebagai hobi
Saat poket kaum adam makin kering, hobi yang paling practikal ringkas dan mudah adalah membuang masa sambil menikmati makanan ringan di rumah daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Lebih Jimat

3. Makan di gerai murah
Jika sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif atau mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai-gerai yang murah harga makanannya.

4. Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, kebiasaannya kaum adam akan terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, tapi tetiba saya rasa mcm penat lah, apa kata kita balik saja.”

5. Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, kaum adam hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

7. Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

8. Hanya menemani
Jika sebelum ini biasanya kaum adam akan sentiasa mkn bersama dgn pasangan nya tapi kalo ini dia hanya akan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
Alasannya: “Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar

9. SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

10. Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… Kenapa ini.”
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya..

p/s : tapi secara realitinya kebiasaannya lelaki tidak akan menampakkan bahawa dia takde duit jika pasangan nya mengajak dia keluar atau sebagainya, habis terdesak pon pasti die akan pinjam duit dekat kwn-kwn.
__________________
So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas,.. kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas :)

Sunday, 25 May 2014

Pentingnya Tali Pinggang Keledar Penumpang Belakang



Pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2009 ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
1.    Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2.    Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
3.    Kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
4.    Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk pemandu dan
5.    Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan

Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, tempoh 3 tahun diberikan kepada pemilik kenderaan tersebut untuk memasang tali pinggang keledar belakang bermula 1 Januari 2009.

Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma. Bagi kenderaan yang mempunyai lebih penumpang sedangkan tali pinggang keledar tempat duduk belakang terhad maka pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab memastikan setiap penumpang menggunakan tali pinggang yang ada sepenuhnya. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu sekiranya gagal berbuat demikian.

Risiko dan kesan jika mengabaikan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:

a)    Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan juga penumpang yang berada di hadapan kerana apabila sesebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50kmsj dan penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan

Berdasarkan perangkaan pada tahun 2007, pemakaian tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian telah berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1050 kes kecederaan ringan.

Sejak pelaksanaan  penggunaan tali pinggang belakang, kadar kematian telah berkurangan sebanyak 50%, kecederaan parah  45% dan 50%  kecederaan ringan bagi penumpang di tempat duduk belakang manakala 75% pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan.


Klik sini : http://www.astroawani.com/news/show/membimbangkan-hanya-13-peratus-patuh-pemakaian-tali-pinggang-keledar-belakang-36574

Halal melalui makanan memberi keberkatan

Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai :

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:


  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:


  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Allah S.W.T tidak pernah menghalang kita dari menikmati makanan yang baik malah ia sangat dianjurkan. Namun Allah menganjurkan bahawa setiap makanan yang diambil itu hendaklah baik dan halal. Makanan yang baik mendatangkan kesan yang baik pada tubuh badan malah makanan yang halal bukan sahaja memberi kebaikan tapi turut memberi keberkatan pada diri dan kehidupan. Makanan yang baik tidak semestinya mahal tetapi makanan itu mestilah makanan yang dihasilkan melalui proses yang bersih dan teratur serta tidak mengandungi bahan-bahan syubhat dan bahan tidak memudaratkan.

Sabda Rasulullah S.A.W sangat jelas dalam hadith baginda yang bermaksud:

"Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi".
Lalu Saad bin Abi Waqqas yang ketika itu berhampiran dengannya berkata:
"Ya Rasulullah, tolong pohonkan kepada Allah agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa."
Mendengar kata-kata Saad itu, lalu Baginda bersabda:
"Wahai Saad, perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan dimana diri Muhammad dalam tanganNya, seseorang lelaki yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama empat puluh hari. Adapun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka neraka itu lebih utama baginya."

Badminton...Malaysia Boleh

Kita harus bangga dengan Skuad Piala Thomas Pasukan Badminton Malaysia walaupun kita kalah ditangan Jepun 3-2 malam tadi. Nasib tidak menyebelahi kita walaupun pemain-pemian kita bermain dengan bersungguh-sungguh malam tadi.Daren Liew tidak harus dipersalahkan kerana beliau telah cuba bermain dengan penuh semangat bagi mengakhiri badi penantian 22 tahun untuk memenangi Piala Thomas ini.
Kita tunggu 4 tahun lagi, Insyallah Piala Thomas akan kembali ke tangan Malaysia. Tetapi adakah skuad yang sama akan kembali memperjuangkan nama Malaysia 4 tahun lagi. Kita tunggu dan lihat...........

Malaysia berharap dalam masa 4 tahun ini,dapatlah dilahirkan seorang pemain seperti Datuk Lee Chong Wei kerana kita semua tidak boleh menggalaskan segala impian di tangan beliau. Pelapis seperti beliau perlu dicari ganti bagi memperjuangkan Badminton Malaysia. Apa-apapun itu semuanya terletak pada persatuan badminton Malaysia bagi mencari dan mendidik pelapis-pelapis pemain badminton yang lebih berwibawa dan berdedikasi di masa akan datang seperti Datuk Lee Chong Wei.

Akhir sekali, sekalung Tahniah buat Pasukan Badminton Malaysia Tahun 2014.....Malaysia Boleh.....


Makanan Halal Dari Perspektif ISLAM




AKIBAT MAKAN MAKANAN YANG HARAM

ADAKAH ANDA TAHU APAKAH AKIBAT SEKIRANYA SESEORANG MU'MIN MEMAKAN MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN??


DI SINI ADA BEBERAPA AKIBAT YANG AKAN MENIMPA BAGI ORANG YANG MAKAN MAKANAN YANG HARAM

Ø Hati tertutup daripada menerima hidayah Allah


Ø Susah mendapat ilmu pengetahuan


Ø Ibadat yang dikerjakan sia-sia


Ø Memudharatkan kesihatan badan dan kewarasan akal


Ø Dilaknat oleh Allah dan azab di akhirat


Ø Mudah dihasut syaitan

Oleh yang demikian,adakah anda masih mahu masyarakat di sekeliling kita bergelumang dengan memakan makanan yang haram?? apakah tugas kita sebagai umat islam ke atas saudara sesama kita?? Marilah kita sama-sama menasihati antara satu sama lain agar kita sentiasa di redhai Allah...


HIKMAH MAKAN MAKANAN HALAL

Seperti yang kita pelajari di atas, makanan yang halal adalah baik untuk dimakan. Adakah anda tahu,kenapakah benda-benda tersebut halal dimakan??

Jawapannya: islam tidak mengabaikan kesihatan umatnya,sebab itu lah islam hanya menghalalkan benda baik dan bersih serta mengharamkan benda-benda yang kotor,najis dan jijik rupanya.

Ø Khusyuk beribadat


Ø Mendapat hidayah daripada Allah


Ø Mudah menerima pelajaran


Ø Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal


Ø Diredhai oleh Allah


Ø Doa diterima

Mohon Pada Alllah melalui Doa untuk mencerdikkan anak



TAMBAHAN:

Baca Surah Toha

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

Kisah Menarik tentang Coke


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Alaa.., macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka gunakannya?

Ujikaji ini elok kita sendiri melakukan untuk melihat kebaikan dan kebagusan coke.


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah  tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu boleh hilang!

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul kah?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?

Saturday, 24 May 2014

Servis Penyaman Udara Secara Sendiri

Unit penyaman udara mestilah diselenggara mengikut jadual oleh juruteknik mahir. Walaupun unit masih berfungsi dengan baik, penyenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan unit dan kebolehupayaan unit memberi kesejukan mengikut kapasiti awal. Ia juga untuk memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara itu sendiri.

Terdapat dua penyenggaran berjadual yang perlu dilakukan iaitu:


  1. Penyenggaran harian atau mingguan – dilakukan sendiri oleh pengguna.
  2. Penyenggaraan tetap – dilakukan oleh juruteknik mahir.

Dalam bahagian ini saya akan menunjukkan penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Ia sangat mudah tetapi memberi kesan besar kepada operasi unit penyaman udara. Penyenggaran harian atau mingguan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah membersih penapis udara dan mengelap badan unit dalam dengan kain lembap. Langkah keselamatan sebelum anda melakukan penyenggaran ini ialah OFF kan unit penyaman udara dan cabut plug 3 pin dari soket.


  1. Membuka penutup hadapan.
  2. Mengeluarkan penapis udara.
  3. Membersihkan penapis udara dengan air.
  4. Mengeringkan penapis udara.
  5. Memasukkan semula penapis udara ke dalam slot.
  6. Menutup semula penutup hadapan.
  7. Mengelap bahagian badan unit dengan kain lembap.


Penyenggaraan tetap pula meliputi kerja – kerja seperti memeriksa kuantiti gas, mencuci penyejat dan pemeluwap dengan bahan kimia, memeriksa salur air, memeriksa saluran pemaipan kuprum untuk mengesan kebocoran dan memeriksa sambungan wayar antara komponen.

Adalah agak sukar untuk diterangkan di sini kerana ia melibat kerja – kerja praktikal dan memerlukan peralatan spesifik. Oleh itu pengguna disarankan mengambil juruteknik mahir untuk melakukan kerja penyenggaraan sekurang – kurangnya setahun sekali. Namun jika ada masalah pada unit, penyenggaraan perlulah dibuat segera.

Keburukan Makanan Fast Food dan Mee Segera

Mereka (yahudi) menggalakkan kita makan makanan yang langsung tidak berkhasiat seperti makanan segera. Makanan segera (Fast food) adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan dengan sangat cepat. Contohnya, mee segera.

Kepada penggemar mee segera, berhati-hati apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian. Ini kerana, terdapat sejenis lilin (salutan wax) yang melapisi mee tersebut agar tidak melekat antara satu sama lain yang boleh membahayakan kesihatan penggunanya.

Jika kita perhatikan, Mi kuning yang belum dimasak di kedai akan kelihatan berminyak. Lapisan minyak ini akan mengelakkan mi tersebut dari melekat antara satu sama lain. Mi Wonton pula yang masih mentah biasanya ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat.

Seseorang yang mengambil mee segera setiap hari berisiko menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahawa tubuh kita mengambil masa lebih dari dua hari untuk membersihkan salutan wax tersebut.

Seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang telah berhenti perkhidmatannya dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga. Dia tidak memasak tetapi kerap makan Mie segera setiap kali waktu makan. Kemudian akhirnya menderita kanser.

Dalam kes yang berasingan, SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, dimana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah baginya adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian, beliau juga disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.


Seterusnya, makanan segera juga mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi serta bahan pengawet yang berbahaya. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutamanya kanak-kanak. Sampah di sini bukan bermaksud sampah yang dalam tong sampah tu ataupun sampah masyarakat, tetapi dimaksudkan ialah benda yang tidak berguna. Ini kerana, keburukan makanan segera mengatasi kebaikannya sendiri.

Friday, 23 May 2014

Berkhasiatnya Kopi

Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.


Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.

Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.

Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.


Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, "Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari."

LinkWithin

”related